Program Canva Editing Rakan Muda Peringkat Negeri Kelantan Tingkat Kemahiran Kreatif Peserta

PASIR PUTEH, 1 DISEMBER 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah berjaya menganjurkan Program Canva Editing Rakan Muda Peringkat Negeri Kelantan pada 30 November 2025 bertempat di Dewan Malaysia, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Program ini menghimpunkan seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSN) dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) .

Program ini dilaksanakan bagi memperkukuh kemahiran reka bentuk grafik menggunakan aplikasi canva dan AI, selaras dengan keperluan penyampaian maklumat masa kini yang lebih kreatif, pantas dan berimpak. Pengisian program ini merangkumi teknik penyuntingan visual, penghasilan poster berkesan dan tugasan amali yang memberi pendedahan praktikal kepada semua peserta.

Majlis penyampaian sijil telah disempurnnakan oleh Encik Sazli bin Mahmood, Ketua Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSN Kelantan. Turut hadir ke program ini ialah Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh dan Puan Emi Zurina binti Abd Aziz, Pembantu Belia dan Sukan.

Penganjuran program ini memberi impak positif kepada peserta khususnya dalam meningkatkan kompetensi mereka dalam penghasilan bahan grafik untuk kegunaan rasmi pejabat, memantapkan kualiti promosi program belia serta memupuk kreativiti selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
 
 
 
 
 
 
 

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search