- JBS Kelantan
- Hits: 44
Program Senaman Warga Emas Daerah Pasir Puteh Siri 9/2025 Meriah Walaupun Cuaca Hujan
- JBS Kelantan
- Hits: 44
PASIR PUTEH, 1 DISEMBER 2025 – Program Senaman Warga Emas Peringkat Daerah Pasir Puteh Siri 9/2025 telah berjaya dilaksanakan pada 27 November 2025 yang lalu bertempat di Pusat Kegiatan Warga Emas Parlimen Pasir Puteh, Selising. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Majlis Belia Jajahan Pasir Puteh sebagai usaha berterusan memperkasa gaya hidup sihat dalam kalangan warga emas.
Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan tahap kecergasan, menggalakkan interaksi sosial serta memupuk gaya hidup aktif dalam kalangan peserta.
Sesi senaman chairobik dikendalikan oleh Encik Mohd Zawawi bin Yusof dan lebih dikenali “Abe Awie Bomba” yang berjaya memimpin aktiviti dengan penuh semangat dan suasan ceria.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
