- JBS Kelantan
- Hits: 35
Bengkel Pemerkasaan Pemimpin Dan Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Kelantan Berjalan Lancar Dan Berimpak Tinggi
- JBS Kelantan
- Hits: 35
PASIR PUTEH, 1 DISEMBER 2025 – Bengkel Pemerkasaan Pemimpin dan Badan Operasi Anugrah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Kelantan Siri 1 telah berlangsung pada 26 November 2025 bertempat di Dewan Malaysia, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Bengkel ini melibatkan penyertaan pemimpin, penyelaras program, dan mentor dari seluruh negari Kelantan.
Program ini bertujuan untuk memperkukuh kefahaman peserta terhadap peranan serta pelaksanaan operasi ARPRM agar lebih tersusun, berkesan dan selaras dengan garis panduan semasa.
Pengisian utama bengkel ini disampaikan oleh Dr. Yasmin binti Yaacob, Ahli Jawatankuasa Operasi dan Teknikal ARPRM, yang memberi penjelasan mendalam tentang struktur pelaksanaan, penambaikan teknikal serta pendekatan berkesan dalam membimbing peserta ARPRM. Sesi ini turut disusuli dengan perbincangan dua hala dan sesi soal jawab yang membolehkan peserta berkongsi cabaran.
Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta , disempurnakan oleh Encik Wan Mohd Erfan bin Wan Nasir, Pengurus Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Program ini memberikan impak positif khususnya dalam meningkatkan kompetensi pemimpin ARPRM, memperkukuh jaringan kerjasama antara daerah serta menambah keyakinan peserta dalam menguruskan aktiviti ARPRM secara lebih profesional dan tersusun.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
