Program Canva Editing Rakan Muda (Siri 1) Peringkat Negeri Kelantan Memperkasa Kemahiran Dalam Reka Cipta Digital

TUMPAT, 1 DISEMBER 2025 – Seramai 40 orang peserta terdiri daripada Pegawai dan Kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah telah menyertai Program Canva Editing Rakan Muda (Siri 1) Peringkat Negeri Kelantan pada 30 November 2025 bertempat di Dewan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Program ini bertujuan memperkasakan kemahiran reka bentuk grafik di kalangan pegawai dan kakitangan JBSN Kelantan selaras dengan perkembangan teknologi digital masa kini.
Peserta didedahkan dengan asas penggunaan Canva, teknik susun atur grafik, pemilihan warna dan tip menghasilkan poster, infografik serta kandungan media sosial yang menarik. Bengkel ini dijalankan secara interaktif dan ‘hands-on’ dengan bimbingan fasilitator berpengalaman.

Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Encik Sazli bin Mahmood, Ketua Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSN Kelantan. Turut hadir ke program ini ialah Encik Mohamad Saupi bin Ibrahim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat dan Puan Mimi Marini binti Mahmood, Pembantu Belia dan Sukan Tumpat.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-12-2025, 15:05:08

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search