Kem Pengurusan Organisasi 2025 Bina Jati Diri Dan Kepimpinan Belia Tumpat

TUMPAT, 1 DISEMBER 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Tumpat telah menganjurkan Kem Pengurusan Organisasi Daerah Tumpat pada 28 hingga 29 November 2025 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan melibatkan penyertaan dari belia-belia di Daerah Tumpat.

Kem selama dua hari itu memberi fokus kepada pengurusan persatuan serta kemahiran komunikasi berkesan dalam organisasi. Selain pengisian teori, peserta turut terlibat dalam aktiviti simulasi mesyuarat, kerja berpasukan dan LDK bertemakan kepimpinan dan peranan ahli.

Menurut Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat, program ini penting bagi melahirkan pemimpin belia yang lebih berkemahiran dan profesional dalam mengurus kelab serta NGO belia di peringkat akar umbi.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search