Bengkel Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) 2025 Berlangsung Dengan Jayanya

TUMPAT, 1 DISEMBER 2025 – Bengkel Pemerkasaan Pemimpin dan Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Kelantan Siri 1 dan Siri 2 telah berjaya dianjurkan pada 27 dan 28 November 2025 bertempat di Dewan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Peserta-peserta terdiri daripada Pegawai Belia, Sekretariat Rakan Muda, guru dan persatuan belia telah mengikuti bengkel intensif ini. Seramai 8 orang peserta dari daerah Tumpat telah menghadiri bengkel tersebut.

Bengkel ini bertujuan melahirkan pemimpin ARPRM yang bertauliah dan berkualiti untuk membimbing para peserta program ke arah pencapaian Anugerah Gangsa, Perak dan Emas. Antara modul yang dikupas termasuklah Pengenalan ARPRM, Peranan dan Tanggungjawab Badan Operasi, Peranan Pemimpin dan dokumentasi program melalui sistem ARPRM.

Para peserta yang berjaya menamatkan bengkel ini dan lulus ujian akan menerima Sijil Pentauliahan Pemimpin ARPRM yang sah daripada Kementerian Belia dan Sukan. Bengkel ini juga akan menjadi platform untuk membina jaringan antara badan operasi dan pemimpin-pemimpin yang terlibat secara aktif dalam pembangunan sahsiah belia.

Majlis penyampaian sijil kepada peserta bengkel telah disempurnakan oleh Encik Sazli bin Mahmood, Ketua Bahagian Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search