Program Rakan Muda Ignite Mendidik Anak Muda Kepentingan Memahami Peranan Organisasi

Tanah Merah, 30 November 2025 – mpiana Utama Resort, Bandar Tanah Merah menjadi saksi kepada kemeriahan Program Rakan Muda Ignite Daerah Tanah Merah 2025 yang berlangsung selama dua hari, iaitu pada 28 hingga 29 Disember 2025.

Program ini dianjurkan dengan matlamat utama untuk melatih para peserta dalam aspek organisasi serta membina ukhuwah sesama belia. Sepanjang dua hari penganjuran, peserta diberi pendedahan melalui pelbagai modul interaktif, bengkel kepimpinan, dan aktiviti berkumpulan yang menekankan nilai kerjasama, komunikasi berkesan, serta semangat berpasukan.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran En. Ismafardi bin Ismail, Penolong Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah. Kehadiran beliau memberi suntikan semangat kepada para peserta, selain menekankan kepentingan belia untuk terus aktif dalam pembangunan komuniti dan organisasi. Antara objektif utama program ini adalah,Melahirkan belia yang berkemahiran dalam pengurusan organisasi, membina jaringan ukhuwah dan persahabatan yang kukuh antara peserta, serta menyemai nilai kepimpinan, disiplin, dan semangat kesukarelawanan.

Sepanjang berlangsungnya program, suasana penuh semangat dan keterujaan jelas kelihatan. Peserta bukan sahaja mendapat ilmu baharu, malah berpeluang berinteraksi dan berkongsi pengalaman bersama rakan-rakan belia lain. Aktiviti luar bilik turut memberi ruang kepada mereka untuk mengasah kemahiran bekerja dalam kumpulan serta membina keyakinan diri.

Secara keseluruhannya, Program Rakan Muda Ignite Daerah Tanah Merah 2025 telah berjaya mencapai matlamatnya dengan melahirkan belia yang lebih bersedia untuk memimpin, berorganisasi, dan berbakti kepada masyarakat. Penganjuran program ini membuktikan bahawa usaha berterusan dalam membangunkan belia akan terus menjadi pemangkin kepada kemajuan komuniti di Tanah Merah. 

Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search