- JBS Kelantan
- Hits: 3
Survival Skill Antara Elemen Penting Yang Di Ajar Dalam Program Y-Hub: Youth Camp
- JBS Kelantan
- Hits: 3
1 Disember 2025 - Program Y-Hub : Youth Camp telah berlangsung dengan jayanya pada 26 - 27 November 2025 bertempat di Kale Nusuk Campsite, Jeli.
Program ini menyajikan pelbagai ilmu asas rekreasi dan mampu meningkatkan keyakinan diri para peserta yang terlibat. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ice breaking, kraf perkhemahan, survival skill, asas ikatan tali, asas pengenalan kayak dan sukan sunnah: memanah.
Anis Najwa Zusaimi, 21 tahun berkata, program ini banyak memberi pendedahan dan ilmu baharu kepada beliau. "Ini merupakan kali pertama saya mempelajari asas memanah sepanjang 21 tahun saya menjalani kehidupan. Terima kasih kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang memberi peluang kepada saya untuk menyertai program ini dan diharapkan program sebegini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang", ujar Anis.
Sementara itu, Mohamad Hamizi Mohd Hamka, 29 tahun pula berkata, "saya sangat teruja apabila dapat mempelajari ilmu survival skill seperti teknik menghidupkan api dengan menggunakan buluh kerana inilah kali pertama saya melihat sendiri di depan mata dan mencuba untuk menghidupkan api dengan cara tersebut". Ujar beliau ketika sesi perkongsian pengalaman dan maklum balas program yang merupakan slot terakhir bersama pegawai penyelaras program, Puan Nur Amysiah binti Yusof.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #MalaysiaAktif
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan NegaraKBSMalaysia
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
