UMK dan JBS Kelantan Bersama Memacu Peluang Mahasiswa dalam Pembangunan Belia

Kota Bharu, 1 Disember 2025 — Sekretariat Rakan Muda Universiti Malaysia Kelantan (SRM UMK) telah mengadakan kunjungan hormat ke Bahagian Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Kelantan sebagai langkah memperkukuh kerjasama strategik antara universiti dan agensi kerajaan dalam pembangunan belia di negeri ini. Delegasi SRM UMK diketuai oleh En Wan Ahmad Kahirul bin Wan Ahmad Najib, Penasihat SRM UMK, dan turut disertai oleh Saudara Khairol Zamman bin Kamarol Zamman, Presiden SRM UMK 2025/2026, bersama beberapa Ahli Jawatankuasa lain.

Pertemuan itu turut dihadiri oleh pegawai JBS Kelantan iaitu Encik Sazli bin Mahmood, Ketua Bahagian Rakan Muda, En Mhd Sulayman bin Subrun, Pegawai Pembangunan Potensi, En Mohd Khairul Asraff Hafizi bin Mohamad Nor, Pegawai Pembangunan Kesukarelawanan. Kehadiran mereka memudahkan perbincangan menyeluruh mengenai pelaksanaan program Rakan Muda di kampus, peluang kerjasama baharu, serta penglibatan mahasiswa UMK dalam pelbagai program peringkat negeri, termasuk Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda.

Selain itu, perbincangan menumpukan kepada pengisian dan hala tuju Program Rakan Muda 2026, termasuk cadangan kerjasama strategik antara UMK dan JBS Kelantan bagi melaksanakan program yang lebih tersusun dan berimpak. Antara perkara utama yang dibincangkan ialah penyelarasan program di kampus, cadangan penganjuran program bersama pada tahun 2026, mekanisme kerjasama seperti focal person atau sekretariat bersama, serta perancangan takwim awal program bagi tahun 2026. Fokus juga diberikan kepada pembangunan kemahiran dan kebolehpasaran belia melalui latihan serta inisiatif bersesuaian.

Pihak JBS Kelantan menzahirkan komitmen untuk terus menyokong inisiatif belia di kampus dan mengalu-alukan kerjasama strategik yang lebih kukuh bersama UMK. Kunjungan ini diharapkan menjadi pemangkin kepada pelaksanaan program belia yang lebih berimpak tinggi, sekaligus memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi pengajian tinggi dan agensi pembangunan belia di Kelantan.

#TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
belia.my
KBSMalaysia
Rakan Muda

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search