- JBS Kelantan
- Hits: 4
Program Rakan Digital – Canva Editing Rakan Muda Siri 1 Peringkat Negeri Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 4
Kota Bharu, 30 November 2025– Program Rakan Digital: Canva Editing Rakan Muda Siri 1 Peringkat Negeri Kelantan telah berjaya dianjurkan sebagai usaha memperkasa kemahiran digital dalam kalangan pegawai dan warga belia negeri ini. Program ini memberi fokus kepada pendedahan asas dan pertengahan penggunaan aplikasi Canva bagi menghasilkan bahan grafik yang berkualiti serta berimpak tinggi.
Program ini turut disertai oleh Pegawai Media dan Pegawai Rakan Muda dari seluruh negeri Kelantan, yang memainkan peranan penting dalam pengurusan komunikasi rasmi serta penyebaran maklumat berkaitan program belia di peringkat negeri. Kehadiran mereka menyerlahkan komitmen terhadap peningkatan kompetensi digital khususnya dalam penghasilan kandungan visual yang lebih kreatif dan profesional.
Sesi latihan telah disampaikan oleh TS Zulkifli bin Ab Rahim, yang berkongsi kepakaran beliau dalam teknik penyuntingan poster, penghasilan infografik dan kandungan media sosial. Peserta turut mempelajari prinsip reka bentuk visual, aplikasi tipografi yang tepat serta teknik susun atur grafik yang sesuai bagi keperluan komunikasi rasmi dan program Rakan Muda.
Majlis penyampaian sijil program telah disempurnakan oleh En Sazli bin Mahmood, Ketua Bahagian Rakan Muda, sebagai penghargaan kepada semua peserta yang menamatkan latihan dengan jayanya.
Penganjur turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kelab Belia Tunjong dan Kolej UNITI Kota Bharu atas sokongan, kerjasama dan komitmen mereka sepanjang program berlangsung. Sokongan tersebut telah menyumbang kepada kelancaran perjalanan program serta keselesaan peserta.
Program ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran peserta dalam penghasilan bahan promosi yang berkualiti, tetapi turut menyokong agenda digitalisasi penyampaian maklumat demi memperkukuh pelaksanaan aktiviti belia di peringkat negeri.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
