- JBS Kelantan
- Hits: 10
Hujan Tidak Halang Warga Emas Sertai Program Senaman Warga Emas Aktif Daerah Pasir Puteh Siri 8/2025
- JBS Kelantan
- Hits: 10
PASIR PUTEH, 25 NOVEMBER 2025 – Walaupun hujan turun tanpa henti sejak awal pagi, Program Senaman Warga Emas Aktif Daerah Pasir Puteh Siri 8/2025 tetap berlangsung dengan meriah di Perkarangan Klinik Kesihatan Cherang Ruku, Pasir Puteh. Seramai 65 orang ahli Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Cherang Ruku hadir dan mengambil bahagian dalam program tersebut.
Program bermula dengan sesi pendaftaran peserta sebelum diteruskan dengan aktiviti senaman yang dipimpin oleh Puan Wan Marziana binti Omar dari Kelab Zumba Cherang Ruku. Semangat para peserta begitu jelas terpancar apabila mereka terus aktif bersenam walaupun cuaca hujan membasahi kawasan program.
Setelah sesi senaman selesai, program diteruskan dengan ceramah kesihatan serta pemeriksaan mamogram khusus untuk peserta wanita. Inisiatif ini memberikan pendedahan awal mengenai kepentingan pengesanan awal kanser payudara dan penjagaan kesihatan secara menyeluruh.
Penganjuran program ini menerima kerjasama penuh daripada Klinik Kesihatan Cherang Ruku, yang sentiasa komited dalam usaha meningkatkan taraf kesihatan komuniti khususnya golongan warga emas.
Semoga usaha berterusan seperti ini dapat memperkasakan tahap kesihatan fizikal, mental dan sosial warga emas di daerah Pasir Puteh, seterusnya memastikan mereka kekal aktif, sihat dan ceria.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
