Program Canva Editing Rakan Muda Peringkat Negeri Kelantan 2025

MACHANG, 1 Disember 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Kelantan telah menganjurkan Program Canva Editing Rakan Muda Peringkat Negeri Kelantan 2025 bertempat di Dewan Malaysia, JBSN Kelantan pada 30 November 2025. Program ini menghimpunkan seramai 40 orang peserta daripada seluruh Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) serta JBSN Kelantan bagi tujuan memperkukuh kemahiran penyuntingan grafik digital dalam kalangan staf dan kakitangan JBSN Kelantan.

Program ini memberi penekanan kepada penguasaan aplikasi Canva sebagai platform penyuntingan grafik yang penting dalam era digital, meliputi aspek asas dan lanjutan reka bentuk visual, penyediaan bahan promosi, serta pembangunan kandungan multimedia yang lebih sistematik, kreatif dan profesional.

Majlis penyampaian sijil kepada para peserta telah disempurnakan oleh Encik Sazli bin Mahmood, Ketua Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBSN Kelantan. Kehadiran Encik Mohd Zul Izudin bin Samat dan Encik Zaharuddin bin Zainal yang mewakili PBSD Machang turut menyerikan majlis serta mencerminkan komitmen berterusan pihak PBSD.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #yakinboleh

Hannah Yeoh
Adam Adli
KBSMalaysia
JBSNegara

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search