- JBS Kelantan
- Hits: 6
Tahniah Kepada Encik Muhammad Norfikri Bin Norzaki
- JBS Kelantan
- Hits: 6
GUA MUSANG, 15 November 2025– Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Muhammad Norfikri bin Norzaki, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gua Musang, atas kejayaan beliau menerima Pertauliahan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Profesional Kerja Tahap 3.
Majlis Pentauliahan Profesionalisme Kerja Belia Kali Ke-2 Tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh penghormatan dan istiadat rasmi di Klana Resort, menghimpunkan para pegawai belia dari seluruh negara yang berjaya menamatkan latihan serta penilaian kompetensi profesional mereka.
Penganugerahan ini bukan sahaja mengiktiraf kepakaran Encik Muhammad Norfikri dalam bidang pengurusan dan pembangunan belia, tetapi juga menjadi pendorong kepada peningkatan mutu perkhidmatan belia di daerah Gua Musang. Beliau turut menjadi contoh kepada generasi muda dan pegawai lain dalam usaha memperkasa profesionalisme sektor belia di peringkat daerah dan nasional.
Tahniah diucapkan dan semoga kejayaan ini terus memberi inspirasi kepada seluruh warga kerja dalam meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan kepada komuniti belia negara.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
@hannahyeoh
@adamadli_
@KetuaPengarahJabatanBeliadanSukanNegara
@rakanmudaofficial
@belia.my
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang
