- JBS Kelantan
- Hits: 5
Program Senaman Warga Emas Gua Musang Siri 6 Tahun 2025 Terus Terima Sambutan Menggalakkan
- JBS Kelantan
- Hits: 5
GUA MUSANG, 13 November 2025 – Program Senaman Warga Emas (SUKANEKA) Peringkat Daerah Gua Musang Siri 6 Tahun 2025 terus mendapat sambutan menggalakkan apabila seramai 38 orang peserta hadir memeriahkan pelaksanaan program yang diadakan pada 8 November 2025 bertempat di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Gua Musang, Chiku 6.
Program anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ini merupakan salah satu inisiatif untuk memastikan golongan warga emas kekal aktif dan sihat melalui penglibatan dalam aktiviti riadah yang menyeronokkan serta sesuai dengan keupayaan fizikal mereka.
Selain aktiviti senaman ringan dan regangan badan, program ini turut memberi penekanan kepada keseimbangan minda dan emosi melalui pendekatan santai dan interaktif. Peserta bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kecergasan, malah berpeluang memperkukuh hubungan silaturahim sesama ahli komuniti.
Menurut penyelaras program, siri keenam ini menunjukkan peningkatan penyertaan berbanding siri sebelumnya, menandakan kesedaran warga emas terhadap kepentingan gaya hidup sihat semakin meningkat.
KBS melalui pelaksanaan berterusan Program Senaman Warga Emas komited untuk memperluas penyertaan di seluruh daerah, selaras dengan usaha memperkasakan kesejahteraan rakyat melalui aktiviti sukan dan rekreasi yang inklusif.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
@hannahyeoh
@adamadli_
@KetuaPengarahJabatanBeliadanSukanNegara
@rakanmudaofficial
@belia.my
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang
