- JBS Kelantan
- Hits: 6
Program Senaman Warga Emas Peringkat Daerah Gua Musang Siri 5 Tahun 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 6
GUA MUSANG, 13 November 2025 – Seramai 38 orang peserta telah menyertai Program Senaman Warga Emas Peringkat Daerah Gua Musang Siri 5 Tahun 2025 yang dilaksanakan pada 8 November 2025 bertempat di Dewan Komuniti Panggung Lalat, Gua Musang.
Program ini merupakan kesinambungan daripada siri sebelum ini di bawah pelaksanaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui inisiatif Program Senaman Warga Emas, yang bertujuan untuk memupuk amalan gaya hidup sihat serta meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan kesejahteraan mental dalam kalangan warga emas.
Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program ini, antaranya senam seni, regangan ringan, dan aktiviti permainan yang menyeronokkan serta sesuai dengan kemampuan peserta. Program ini juga memberi ruang kepada warga emas untuk berinteraksi, bergaul dan mengekalkan semangat positif dalam kehidupan seharian.
Menurut penyelaras program, sambutan yang diterima amat menggalakkan dan membuktikan minat warga emas terhadap aktiviti riadah dan kesihatan semakin meningkat di kawasan Gua Musang.
Kementerian Belia dan Sukan melalui pelaksanaan program seperti ini terus komited dalam usaha memperkasa masyarakat aktif di semua peringkat umur, sekaligus menyokong agenda kesejahteraan rakyat melalui sukan dan rekreasi.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
@hannahyeoh
@adamadli_
@KetuaPengarahJabatanBeliadanSukanNegara
@rakanmudaofficial
@belia.my
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang
