- JBS Kelantan
- Hits: 3
Lawatan Pemantauan Tapak Projek Program Agrobelia Lestari 2025 Daerah Pasir Mas
- JBS Kelantan
- Hits: 3
Pasir Mas, 20 November 2025 (Khamis) – Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Kelantan telah mengadakan lawatan pemantauan ke tapak projek di bawah Program AgroBelia Lestari yang melibatkan persatuan belia terpilih di daerah ini.
Lawatan tersebut telah dijalankan di tapak projek penternakan kelulut madu yang diusahakan oleh Majlis Belia Kawasan (MAYC) Pasir Mas bertempat di Kampung Tendong. Projek ini merupakan antara inisiatif pembangunan ekonomi belia yang berpotensi tinggi dalam menjana pendapatan dan memperkasa komuniti setempat.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk:
- Memberikan bimbingan teknikal kepada pengusaha projek.
- Menilai perkembangan dan kemajuan pelaksanaan projek.
- Menjalankan penilaian terhadap koloni kelulut, kualiti madu, serta aspek pengurusan sarang bagi meningkatkan produktiviti.
Turut hadir dalam sesi lawatan ini ialah Encik Mazlan bin Mohd Ariffin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, bersama Puan Nur Aliaa binti Wan Johan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas.
Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pasir Mas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang sesi pemantauan ini. Diharapkan projek yang dilaksanakan ini akan terus berkembang maju serta memberi manfaat berterusan kepada golongan belia dan komuniti setempat.
Disediakan oleh: Urus setia Portal PBSD Pasir Mas
