- JBS Kelantan
- Hits: 3
Mesyuarat Penyelaras Program Motocross Track Day Siri 2 Mantapkan Persiapan Penganjuran
- JBS Kelantan
- Hits: 3
Pasir Mas, 20 November 2025 – Bagi memastikan kelancaran dan kemeriahan penganjuran Program Motocross Track Day Siri 2 Peringkat Negeri Kelantan, satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan pada 19 November 2025 bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas.
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan pelaksanaan gerak kerja serta penubuhan jawatankuasa pelaksana bersama agensi-agensi yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Shamsul bin Abu Bakar, Ketua Jajahan Pasir Mas, dan turut dihadiri oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, bersama wakil-wakil daripada pelbagai agensi peringkat daerah.
Program Motocross Track Day Siri 2 dijadualkan berlangsung pada 28 dan 29 November 2025 di Trek Motocross Teluk, Kerengga, Pasir Mas. Program ini dijangka menarik penyertaan ramai peminat sukan permotoran dari seluruh negeri.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas turut memberikan komitmen penuh terhadap penganjuran program ini. Puan Nur Aliaa binti Wan Johan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, bersama Encik Mohd Sarimat bin Salleh, Pembantu Belia dan Sukan (Sukan), hadir dalam mesyuarat tersebut dan menyatakan kesediaan pihak mereka untuk membantu menjayakan program berkenaan.
Penganjuran program ini bukan sahaja bertujuan memupuk minat terhadap sukan bermotor dalam kalangan belia, malah turut menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama antara agensi serta merancakkan aktiviti komuniti setempat.
Disediakan oleh: Urus setia Portal PBSD Pasir Mas
