- JBS Kelantan
- Hits: 2
Program Pengukuhan Organisasi JBSN 2025 Kukuhkan Komitmen Perkhidmatan Belia dan Sukan
- JBS Kelantan
- Hits: 2
Port Dickson, 28 November 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negara telah menganjurkan Program Pengukuhan Organisasi JBSN 2025 pada 26 hingga 28 November 2025 bertempat di Port Dickson, Negeri Sembilan. Program ini merupakan inisiatif strategik bagi memperkukuh hala tuju organisasi serta meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat secara holistik.
Program ini telah menghimpunkan pegawai pengurusan tertinggi JBSN serta wakil-wakil Jabatan Belia dan Sukan dari seluruh negara. Antara yang turut hadir mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan ialah YBrs. En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) JBSNK dan Pn. Nurdalila binti Mohamad Khali, Timbalan Pengarah (Belia) JBSNK.
YBrs. En. Hazri Nizam bin Zakaria juga telah mewakili Tuan Pengarah JBSNK dalam Mesyuarat Pengarah-Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara yang berlangsung sempena program tersebut.
Mesyuarat ini menjadi platform penting untuk membincangkan dasar, pelan tindakan dan penambahbaikan program-program belia dan sukan di peringkat nasional.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah JBSN, YBrs. Puan Azura binti Abidin yang menekankan komitmen JBSN dalam memastikan setiap perkhidmatan dilaksanakan dengan cekap, berkesan dan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #MalaysiaAktif
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
