- JBS Kelantan
- Hits: 2
Red Warriors Squash Club Anjur Kejohanan ‘Redwar Rising Star 2025’
- JBS Kelantan
- Hits: 2
KOTA BHARU, 26 November 2025 – Red Warriors Squash Club (RedWar) telah menganjurkan Kejohanan RedWar Rising Star 2025 yang berlangsung selama dua hari bermula 14 hingga 15 November di Gelanggang Skuasy MSSK, Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Zainab, Kota Bharu.
Kejohanan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pemain skuasy di Kelantan, khususnya golongan remaja, untuk menyertai pertandingan di peringkat lebih tinggi. Melalui penganjuran ini, para pemain berpeluang merasai suasana pertandingan sebenar sebagai persediaan sebelum mereka mewakili Kelantan ke kejohanan luar negeri pada masa akan datang.
Majlis Perasmian Kejohanan RedWar Rising Star 2025 telah disempurnakan oleh En. Wan Mohd Erffan bin Wan Nasir, mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memastikan kejohanan ini dapat dilaksanakan dengan lancar.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah dijadualkan berlangsung pada 15 November 2025 (Sabtu), jam 12.30 tengah hari, sejurus tamat perlawanan akhir kategori lelaki.
Penganjuran RedWar Rising Star 2025 dijangka dapat memupuk semangat kesukanan dalam kalangan peserta serta menggalakkan lebih ramai pemain muda menyertai arena skuasy, sekali gus mengukuhkan pembangunan bakat sukan negeri Kelantan.
Disediakan Oleh:- Urus Setia Portal Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#JBSNKelantan
#MalaysiaMadani
#RakanAktif
#MalaysiaAktif
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
