- JBS Kelantan
- Hits: 18
Peluang Kedua Melalui Projek Riben Kuning
- JBS Kelantan
- Hits: 18
KUALA KRAI – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai (PBSDKK) telah mengadakan perbincangan aktiviti serta meninjau lokasi bagi pelaksanaan Projek Riben Kuning Rakan Prihatin Insan Madani.
Projek Riben Kuning ini mensasarkan golongan belia berisiko dan bekas banduan dengan matlamat utama memberikan peluang kedua untuk memulakan hidup baharu. Program ini secara komprehensif memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi melalui penyediaan peluang pekerjaan dan latihan kemahiran, di samping pembangunan diri untuk membina semula keyakinan diri dan kemahiran sosial. Lebih penting, inisiatif ini bertujuan menghapus stigma masyarakat agar golongan ini dapat diterima kembali sebagai ahli masyarakat yang produktif.
Program penting ini adalah hasil kerjasama strategik JBSNK dan PBSDKK bersama Jabatan Penjara Negeri Kelantan serta Kelab Rakan Muda Bandar Kuala Krai, dengan sokongan penuh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Chuchoh Puteri. Program ini dijadualkan berlangsung pada 29 November 2025 bertempat di Chuchoh Puteri B.
Tinjauan lokasi pelaksanaan program di Chuchoh Puteri B tersebut telah dihadiri oleh Puan Nur Dalila binti Mohamad Khali, Timbalan Pengarah (Belia) JBSNK, bersama Puan Rosnani binti Hj Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai, serta wakil daripada Jabatan Penjara Negeri Kelantan dan Pengerusi Kelab Rukun Tetangga Chuchoh Puteri, bagi memastikan segala persiapan berjalan lancar.
Disediakan oleh : Urus setia portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
#TeamKBS
#TeamJBSN
#SukanUntukSemua
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#RakanMuda
#YakinBoleh
