Program Kod Sukan Selamat Siri 1 Peringkat Negeri Kelantan

PASIR PUTEH, 22 November 2025— Program Kod Sukan Selamat Siri 1 peringkat Negeri Kelantan berjaya dilaksanakan hari ini bertempat di Dewan D'Rhu Rehlah, Semerak Pasir Puteh dengan penyertaan lebih 100 peserta yang terdiri daripada jurulatih, penggiat sukan serta wakil pertubuhan sukan berkaitan.

Taklimat program telah disampaikan oleh YBrs. En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang menekankan kepentingan mengaplikasikan Kod Sukan Selamat dalam semua penganjuran aktiviti sukan bagi memastikan persekitaran yang bebas daripada salah laku, gangguan, dan sebarang bentuk ancaman keselamatan.

Dalam sesi taklimat tersebut, beliau menegaskan bahawa pelaksanaan Kod Sukan Selamat merupakan langkah penting untuk membina ekosistem sukan yang lebih profesional, selamat dan inklusif di negeri ini. Para peserta turut didedahkan dengan garis panduan, prosedur pelaporan insiden, serta peranan organisasi sukan dalam memastikan pematuhan kod keselamatan.

Program ini turut merangkumi sesi perkongsian interaktif dan modul latihan ringkas, memberi peluang kepada peserta untuk memahami dengan lebih mendalam kaedah pengendalian risiko serta tanggungjawab mereka dalam melindungi atlet dan individu terlibat.

Penganjuran siri pertama ini diharap menjadi pemangkin kepada pengukuhan budaya sukan yang lebih berintegriti serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan keselamatan dalam komuniti sukan Kelantan.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #MalaysiaAktif

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search