Program Malaysia Aktif Peringkat Negeri Kelantan 2025 Meriahkan Pantai Bisikan Bayu, Semerak Pasir Puteh

PASIR PUTEH, 22 November 2025 – Program Malaysia Aktif Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025 berlangsung dengan penuh meriah di D’Rhu Rehlah, Pantai Bisikan Bayu, Semerak, Pasir Puteh hari ini. Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat serta memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat setempat.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan; YBrs. Encik Mohd Saifuddin bin Hanafi, Penolong Pengarah Kanan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh; Puan Kamariah binti Ishak, Penolong Pengarah Kanan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negeri Kelantan; serta YDH Asp Tn. Mohd Faizul bin Mohd Sukerna, Ketua Cawangan Khas IPD Pasir Puteh. Turut hadir ialah ketua-ketua jabatan dari agensi persekutuan dan negeri.

Program ini menerima penyertaan pelbagai lapisan masyarakat yang terlibat dalam aktiviti menarik seperti Fun Walk, Fun Run, Aerobikthon, Pertandingan Slingshot, Paintball serta demonstrasi dan cabaran sukan tradisional. Selain menyihatkan tubuh badan, aktiviti-aktiviti tersebut berjaya menyemai semangat kekitaan dan kerjasama dalam kalangan peserta.
Program Malaysia Aktif merupakan inisiatif berterusan dalam membudayakan amalan hidup sihat dan aktif dalam kalangan rakyat Malaysia, seiring aspirasi negara untuk melahirkan masyarakat yang cergas, sihat dan produktif. Penganjuran ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk setempat dan komuniti sekitar daerah Pasir Puteh.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #MalaysiaAktif

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search