Warga Emas Sertai Program Senaman Warga Emas Aktif Siri 7/2025

PASIR PUTEH, 20 NOVEMBER 2025 - Program Senaman Warga Emas Peringkat Daerah Pasir Puteh bagi Siri 7/2025 telah berjaya diadakan pada 20 November 2025 bertempat di Pusat Aktiviti Warga Emas Parlimen Pasir Puteh, Selising. Program ini adalah kerjasama antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh bersama Majlis Belia Jajahan Pasir Puteh.
Program ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal serta mengukuhkan hubungan sosial dalam kalangan warga emas melalui aktiviti riadah yang ringan dan sesuai mengikut kemampuan peserta.

Aktiviti chairobik yang menjadi tumpuan program telah dikendalikan oleh Puan Noraini binti Abdul Talib atau lebih dikenali sebagai KBSi NJ berjaya mewujudkan suasana ceria dan penuh semangat sepanjang sesi berlangsung. Peserta juga dilihat teruja mengikuti setiap gerakan yang dipimpin dengan energik dan mesra.

Turut hadir memeriahkan program ialah Tuan Haji Wan Azmi bin Wan Mohamed, Pengerusi Pusat Kegiatan Warga Emas Parlimen Pasir Puteh, yang turut serta dalam aktiviti senaman bersama para peserta sebagai tanda sokongan kepada usaha meningkatkan kesejahteraan warga emas.

Para peserta menyatakan rasa gembira dan bersemangat kerana program seperti ini bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kesihatan, malah menguatkan lagi jalinan ukhwah antara ahli PAWE.

Program berakhir dengan suasana penuh kepuasan dan harapan agar lebih banyak aktiviti seumpama ini diteruskan pada masa hadapan demi memastikan warga emas kekal aktif, sihat dan ceria.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search