Senaman Warga Emas Aktif Siri 10 Tutup Tirai Dengan Penuh Ceria

TUMPAT, 17 NOVEMBER 2025 - Program Senaman Warga Emas Aktif Siri 10, penutup kepada siri Senaman Warga Emas tahun 2025 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat dengan kerjasama komuniti penduduk kampung Chabang Empat Tok Mek Ngah telah berlangsung pada 14 November 2025 di Kampung Chabang Empat Tok Mek Ngah.

Seramai 30 orang warga emas dari kampung tersebut dan sekitar hadir menyertai sesi ini. Aktiviti yang diadakan ialah Senamrobik ringan dan regangan serta berjalan kaki. Program ini bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kesihatan warga emas, tetapi turut memberi kesan positif terhadap kesejahteraan mental dan sosial mereka.

Program diakhiri dengan jamuan ringan dan sesi fotografi kenangan. Senaman Warga Emas Aktif Siri 10 menjadi simbol komitmen berterusan dalam memelihara kesihatan komuniti warga emas di daerah Tumpat.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search