Program Senaman Warga Emas Aktif Siri 9 Meriahkan Komuniti Kampung Pengkalan Kubor

TUMPAT, 17 NOVEMBER 2025 - Program Senaman Warga Emas Aktif Siri 9 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat terus menceriakan golongan warga emas apabila seramai 45 orang peserta hadir memeriahkan program pada 13 November 2025 di Klinik Kesihatan Pengkalan Kubor.

Program ini bertujuan memperkasa warga emas dengan ilmu kesihatan, memupuk semangat hidup aktif serta menggalakkan hubungan sosial sesama komuniti. Antara pengisian sempena program ini ialah Senamrobik santai dan regangan asas , Ceramah kesihatan dan Pemeriksaan kesihatan percuma (BP, gula & BMI).

Majlis diakhiri dengan cabutan bertuah, sesi fotografi kenangan dan jamuan ringan. Peserta pulang dengan semangat untuk terus kekal sihat dan aktif. Turut hadir ialah Encik Mohamad Saupi bin Ibrahim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search