Senaman Warga Emas Aktif Siri 8 Tingkat Semangat Dan Kesihatan Komuniti

TUMPAT, 17 NOVEMBER 2025 - Program Senaman Warga Emas Aktif Siri 8 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat terus mendapat sambutan menggalakkan apabila seramai 40 orang warga emas hadir menyertai sesi senaman kali ini pada 13 November 2025 bertempat di Klinik Kesihatan Pasir Pekan.
Antara pengisian program ialah Senamrobik ringan, Ceramah kesihatan yang bertajuk “Pemakanan Sihat Untuk Warga Emas” dan Saringan kesihatan percuma (gula, tekanan darah, BMI).

Program ini bertujuan untuk menggalakkan warga emas mengekalkan gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal serta memberi ruang untuk bersosial dalam suasana ceria dan mesra.

Majlis diakhiri dengan cabutan bertuah dan jamuan ringan. Warga emas pulang dengan semangat baharu dan azam untuk kekal aktif dan sihat.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search