Program Aktif Ekspresi Daerah Pasir Puteh Semai Gaya Hidup Sihat Wanita Muda

PASIR PUTEH, 10 NOVEMBER 2025 - Program Aktif Ekspresi Daerah Pasir Puteh telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 6 November 2025 yang lalu di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa melibatkan seramai 140 orang peserta wanita berumur antara 18 hingga 30 tahun.

Program ini dianjurkan dengan objektif untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif, meningkatkan kesejahteraan mental serta membina keyakinan diri dalam kalangan wanita muda.

Pelbagai pengisian menarik telah diadakan sepanjang program, antaranya aktiviti senamcergas chairobik yang dikendalikan oleh Puan Noraini binti Jamil atau lebih dikenali sebagai KBSi NJ yang berjaya menceriakan suasana dengan iringan muzik dan gerakan bertenaga. Selain itu, peserta turut menyertai slot pemakanan sihat, kenali kesihatan emosi, serta aktiviti “Neutralkan Racun Fikiran” yang dijalankan dalam bentuk kuiz interaktif bagi membantu peserta menghilangkan tekanan serta menguji tahap IQ dan EQ mereka.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Shamsuddin bin Haji Musa, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Puteh (Sektor Pembangunan Murid). Turut hadir ialah Dr. Sharifah Nur Atikah binti Syed Abdullah, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Daerah Pasir Puteh, dan Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.

Peserta memberikan respon yang amat positif, menyatakan bahawa program ini bukan sahaja menyeronokkan, malah memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan mental. Program seumpama ini diharap dapat diteruskan bagi memperkasakan wanita muda ke arah kehidupan yang lebih sihat, aktif dan seimbang.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search