- JBS Kelantan
- Hits: 10
Program Senam Warga Emas Aktif Siiri 5/2025 Meriah Di Sjk© Kai Chih - Qi Gong Kekal Pilihan Kecergasan Warga Tua
- JBS Kelantan
- Hits: 10
PASIR PUTEH, 3 NOVEMBER 2025 - Program Senam Warga Emas Aktif Siri 5/2025 yang berlangsung di SJK(C) Kai Chih telah berjaya menarik penyertaan seramai 45 orang warga emas. Program ini diadakan bagi memupuk gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga emas serta memberi ruang kepada peserta untuk berinteraksi dalam suasana yang ceria dan mesra.
Sesi senaman kali ini dikendalikan oleh Lim Siew Ping, tenaga pengajar yang berpengalaman dalam teknik kecergasan tradisional Cina, Qi Gong. Aktiviti ini menekankan pergerakan perlahan, pernafasan terkawal, regangan lembut dan tumpuan minda, yang sesuai untuk meningkatkan keseimbangan tubuh, kelenturan otot serta ketenangan mental.
Melalui pelaksanaan program ini, peserta memberi impak positif seperti peningkatan tahap tenaga, pengurangan ketegangan sendi, serta rasa lebih tenang dan ceria selepas bersenam. Program ini turut membantu memperkukuh semangat kekitaan dan sokongan sosial antara warga emas di komuniti.
Penganjuran siri senaman ini membuktikan komitmen Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh dalam memastikan kesejahteraan fizikal dan mental warga emas terus diberi perhatian selaras dengan usaha membentuk masyarakat sihat dan sejahtera.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
