- JBS Kelantan
- Hits: 11
Felcra Teratak Batu Hidupkan Gaya Hidup Sihat Menerusi Senaman Warga Emas Aktif
- JBS Kelantan
- Hits: 11
PASIR PUTEH, 3 NOVEMBER 2025 - Felcra Teratak Batu, Pasir Puteh menjadi lokasi penganjuran Program Senaman Warga Emas 2025 Daerah Pasir Puteh Siri 4/2025 pada 30 Oktober 2025 yang lalu. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh dengan kerjasama Majlis Belia Jajahan Pasir Puteh, Felcra Teratak Batu dan Pusat Komuniti Desa Teratak Batu.
Aktiviti dimulakan seawal jam 8.00 pagi dengan pendaftaran peserta diikuti senam cergas yang dipimpin oleh penduduk setempat. Program kemudian diteruskan dengan brisk walk mengelilingi kawasan Felcra, cabutan bertuah dan diakhiri dengan jamuan ringan sebagai penutup. Program ini turut diserikan dengan kehadiran Encik Abdul Hakim Bin Mat Daud, Pegawai Felcra Teratak Batu yang telah merasmikan dan menyampaikan hadiah buat peserta yang bertuah.
Program ini bertujuan memupuk gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga emas ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Seramai 51 orang peserta warga emas menyertai program ini. Diharap program ini dapat memperkukuh lagi hubungan komuniti setempat.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
