- JBS Kelantan
- Hits: 5
Kumpulan Lepah Jati Rai Tempat Ketiga Pertandingan Dikir Barat Intergriti Unleash Urself @ Rakan Muda Peringkat Negeri Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 5
PASIR PUTEH, 2 NOVEMBER 2025 - Kumpulan Lepah Jati telah berjaya merangkul tempat ketiga bersama dalam Pertandingan Dikir Barat Integriti Unleash Urself @ Rakan Muda Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung meriah di Dewan Terbuka Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Pertandingan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kelantan ini bertujuan untuk memelihara dan memartabatkan warisan seni budaya negeri Kelantan di samping menyemai nilai integriti dan semangat anti rasuah dalam kalangan belia.
Sebanyak sepuluh (10) kumpulan dikir barat dari seluruh negeri Kelantan telah mempersembahkan bakat masing-masing dengan penuh kreativiti dan inovasi, menjadikan pertandingan ini cukup sengit dan menarik perhatian para penonton.
Hadiah berupa sijil penghargaan dan wang tunai telah disampaikan oleh YABrs Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir sama Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.
Kemenangan ini menjadi satu pengiktirafan kepada kumpulan Lepah Jati atas usaha dan komitmen mereka dalam mengangkat martabat seni tradisi warisan negeri Cik Siti Wan Kembang.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
