- JBS Kelantan
- Hits: 8
Ruang Santai Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pasir Puteh Tarik Minat Belia Luang Masa Berkualiti
- JBS Kelantan
- Hits: 8
PASIR PUTEH, 2 NOVEMBER 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh kini menyediakan ruang santai belia untuk memberi peluang kepada golongan belia di daerah ini meluangkan masa dengan aktiviti sihat dan bermanfaat.
Ruang santai ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan rekreasi seperti karom, dart, catur, congkak serta bilik mesyuarat yang boleh digunakan oleh belia untuk aktiviti perbincangan atau pertemuan komuniti. Inisiatif ini bertujuan menjadikan PBSD Pasir Puteh sebagai pusat tumpuan belia untuk berinteraksi, berkongsi idea serta memperkukuh semangat perpaduan.
Menurut pihak pejabat, penyediaan ruang santai ini bukan sahaja menggalakkan belia mengisi masa lapang dengan aktiviti positif, malah mampu mengeratkan hubungan antara komuniti belia dan PBSD Pasir Puteh, sekali gus menanam nilai kerjasama serta semangat kekitaan dalam kalangan mereka.
Langkah ini juga selaras dengan usaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam memperkukuh pembangunan belia melalui pendekatan inklusif, menyeronokkan dan berteraskan gaya hidup sihat serta berintegriti.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
