- JBS Kelantan
- Hits: 17
Dari Komitmen Ke Profesionalisme: Tahniah!
- JBS Kelantan
- Hits: 17
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN - Satu lagi pencapaian membanggakan. Jutaan tahniah dan syabas diucapkan kepada Puan Syazana Safra binti Md Sanusi, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai, atas kejayaan cemerlang menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam Majlis Pentauliahan Profesionalisme Kerja Belia 2025 pada 11 November 2025, bertempat di Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan. Majlis pentauliah tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.
Beliau merupakan tunjang kepada program pembangunan Rakan Muda yang sentiasa all-out dan berdedikasi menjayakan setiap program di Daerah Kuala Krai mahupun di Kelantan. Kini, komitmen beliau diiktiraf secara professional.
Disediakan oleh : Urus setia portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
#TeamKBS
#TeamJBSN
#SukanUntukSemua
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#RakanMuda
#YakinBoleh
