- JBS Kelantan
- Hits: 20
Pelan Transisi Pertubuhan Belia Membentuk Pemimpin Muda Lebih Dinamik Dan Inklusif
- JBS Kelantan
- Hits: 20
KUALA TERENGGANU, 18 November 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai (PBSDKK) bersama wakil Kelab Beliawanis Halwanis Kuala Krai telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia (ROY) Zon Timur bagi membincangkan inisiatif di bawah Pelan Transisi Pertubuhan Belia.
Kunjungan rasmi ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama antara agensi berkait dan pertubuhan belia dalam merangka strategi pembangunan belia yang lebih berkesan. Perbincangan tertumpu kepada kaedah untuk menarik golongan muda untuk menyertai badan bukan kerajaan (NGO) terutamanya persatuan belia serta menjadikan program persatuan belia lebih inovatif dan mampu menarik lebih banyak penyertaan golongan muda dari pelbagai latar belakang.
Puan Hazliza binti Mohd Zin, Pegawai Pendaftar Kanan ROY Zon Timur menekankan kepentingan untuk Kelab Beliawanis Halwanis mengadaptasi perubahan semasa. "Kami mahu setiap pertubuhan belia menjadi platform yang dinamik, bukan sahaja aktif dalam aktiviti, tetapi juga inklusif, merangkumi semua suara belia. Pelan transisi ini adalah kunci untuk memastikan persatuan terus relevan dan melahirkan barisan pemimpin pelapis yang berkualiti."
Sementara itu, Puan Rosnani binti Haji Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai, menyatakan komitmen penuh pihak PBSDKK. Beliau menegaskan bahawa PBSDKK komited sepenuhnya untuk menyokong usaha Kelab Beliawanis Halwanis dalam merealisasikan pelan kerajaan ini. Sokongan ini bertujuan menjadikan kelab tersebut sebagai model kecemerlangan bagi pertubuhan belia lain di daerah Kuala Krai.
Disediakan oleh : Urus setia portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
#TeamKBS
#TeamJBSN
#SukanUntukSemua
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#RakanMuda
#YakinBoleh
