Program Rakan Bumi: Plogging Komuniti Peringkat Daerah Machang Siri 4/2025

MACHANG, 17 November 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang dengan kerjasama Kelab Belia Seni Warisan Pusaka Kemunchup (SERIWARIS) dan Sekolah Menengah Sains Machang berjaya mengadakan Program Rakan Bumi: Plogging Komuniti Peringkat Daerah Machang Siri 4/2025 bertempat di Taman Eko Rimba Bukit Bakar, Machang.
Program ini menghimpunkan 40 orang peserta terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Sains Machang bagi memupuk semangat kesukarelawanan, gaya hidup sihat serta kecintaan terhadap alam sekitar.

Pelbagai pengisian menarik telah dijalankan, antaranya senamrobik, menjawab soalan kuiz dan aktiviti berjalan sambil mengutip sampah di sekitar kawasan Taman Eko Rimba Bukit Bakar bagi memupuk kesedaran kebersihan dan tanggungjawab terhadap hutan rekreasi.

Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah oleh Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, sebagai penghargaan kepada peserta yang menunjukkan komitmen dan penyertaan cemerlang.

Penganjuran program ini diharapkan dapat menggalakkan lebih ramai belia menyertai aktiviti mesra alam serta menyemarakkan usaha pemuliharaan alam sekitar di peringkat komuniti.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #yakinboleh

Hannah Yeoh
Adam Adli
KBSMalaysia
JBSNegara

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search