Program Aktif Ekspres Peringkat Daerah Machang 2025

MACHANG, 17 November 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang dengan kerjasama Persatuan Kecergasan Daerah Machang serta Sekretariat Rakan Muda UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang telah menganjurkan Program Aktif Ekspres Peringkat Daerah Machang 2025 pada 14 November 2025, bertempat di Dewan Terbuka, UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang.

Program ini dianjurkan khusus untuk memupuk kesedaran dalam kalangan wanita tentang kepentingan gaya hidup sihat, keselamatan diri dan kesejahteraan holistik. Melalui penyertaan komuniti setempat, program ini turut memperkukuh usaha memartabatkan wanita sebagai agen perubahan dalam pembangunan masyarakat.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ialah:-
• Senamrobik – Aktiviti kecergasan bagi mencergaskan tubuh badan dan meningkatkan stamina.
• Ceramah Kesihatan Wanita – Menyampaikan maklumat penting berkaitan penjagaan kesihatan, keseimbangan hormon dan kesedaran penyakit berkaitan wanita.
• Ceramah Pertahanan Diri – Memberi pendedahan kepada teknik asas mempertahankan diri serta langkah keselamatan dalam menghadapi ancaman.

Majlis turut disempurnakan dengan penyampaian hadiah dan cenderahati kepada para peserta oleh Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang. Program ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada para peserta serta memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi, pertubuhan dan institusi pendidikan dalam usaha memperkasa wanita di daerah Machang.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #yakinboleh
Hannah Yeoh
Adam Adli
KBSMalaysia
JBSNegara

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search