- JBS Kelantan
- Hits: 20
Majlis Pentauliahan Profesionalisme Kerja Belia Kali Ke-2 Tahun 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 20
MACHANG, 13 November 2025 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menganjurkan Majlis Pentauliahan Profesionalisme Kerja Belia Kali Ke-2 Tahun 2025 bertempat di Klana Resort, Seremban pada 11 November 2025, sebagai usaha mengiktiraf pengalaman kerja serta kepakaran warga KBS dalam pembangunan belia di seluruh negara.
Majlis ini dilaksanakan melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT), iaitu satu pendekatan yang membolehkan pengalaman, kemahiran, dan pencapaian individu dalam bidang pekerjaan diiktiraf secara rasmi setara dengan kelayakan professional. Program pentauliahan SKM Tahap Tiga ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi memastikan setiap peserta memiliki kompetensi yang diiktiraf di peringkat nasional.
Majlis pentauliahan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu. Antara penerima pentauliahan pada majlis tersebut ialah Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, yang menerima pengiktirafan atas sumbangan aktif beliau dalam pembangunan belia di peringkat komuniti dan daerah.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #yakinboleh
Hannah Yeoh
Adam Adli
KBSMalaysia
JBSNegara
