- JBS Kelantan
- Hits: 17
Penubuhan Kelab Bola Sepak Gunung Reng Penuhi Citarasa Komuniti
- JBS Kelantan
- Hits: 17
JELI 13 November 2025- Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli, mangalu-alukan penubuhan Kelab Bola Sepak Gunung Reng (GRFC) bagi memenuhi hasrat komunti setempat bagi mewujudkan sebuah Kelab yang aktif dan sah pendaftarannya dengan Pesuruh Jaya Sukan Malaysia (PJS).
Satu majlis perjumpaan bagi penubuhan kelab telah diadakan pada 12 November 2025 di Perkarangan Gunung Reng yang telah dihadiri seramai 12 orang ahli. Dalam perjumpaan tersebut YBrs. En. Supian bin Hassan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli telah memberikan kata-kata semangat serta panduan lengkap perkara yang wajib disediakan sebelum menghantar permohonan menubuhkan Kelab tersebut kepada Pejabat Pesuruh Jaya Sukan Malaysia (PJS).
YBrs En. Sidek bin Shaari selaku Setiausaha Penaja mewakili Kelab berkenaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai dan kakitangan PBSD Jeli yang sudi menerima jemputan serta memberikan bimbingan yang sangat berguna untuk Kelab berkenaan.
Adalah menjadi harapan semoga tertubuhnya Kelab ini akan memberi sedikit sebanyak ransangan kepada masyarakat tempatan untuk bergerak lebih aktif lagi sesuai dengan saranan kerajaan untuk menjadikan warganya berbudaya sukan.
Di sediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited
#MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #JanjiPeluh
#HannahYeoh #AdamAdli
#KetuaPengarahJabatanBeliadanSukanNegara
#KBSMalaysia
