Kejohanan Korfball 4 Championship 2025 U8, U10, U12 & U14

MACHANG, 9 November 2025 – Kejohanan Korfball 4 Championship 2025 bagi kategori bawah 8 tahun, bawah 10 tahun, bawah 12 tahun dan bawah 14 tahun telah berlangsung dengan meriah di Kompleks Belia dan Sukan Panji, Kota Bharu hari ini. Kejohanan ini dianjurkan oleh Phoenix Korfball Club, Cawangan Machang dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Kejohanan ini bertujuan untuk memperkenalkan sukan korfball kepada generasi muda serta memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah rendah. Penyertaan yang diterima amat menggalakkan dengan kehadiran pasukan-pasukan dari pelbagai daerah di negeri Kelantan.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Encik Zaharuddin bin Zainal, Pegawai Pembangunan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #yakinboleh

Hannah Yeoh
Adam Adli
KBSMalaysia
JBSNegara

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search