- JBS Kelantan
- Hits: 11
Perbincangan Program Rakan Bumi: Plogging Komuniti Peringkat Daerah Machang 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 11
MACHANG, 9 November 2025 – Satu sesi perbincangan telah diadakan di Pusat Latihan Perhutanan Negeri Kelantan pada 6 November 2025 bagi membincangkan pelaksanaan Program Rakan Bumi: Plogging Komuniti Peringkat Daerah Machang 2025.
Perbincangan ini melibatkan Encik Muhamad Asri bin Mohamad Roslan, Pengawas Hutan, Taman Eko Rimba Bukit Bakar, dan Encik Mohd Zul Izudin bin Samat, Pegawai Pembangunan Belia, Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang. Sesi ini bertujuan memperkukuh kerjasama antara agensi kerajaan dalam menjayakan program kesedaran alam sekitar melalui aktiviti rekreasi berkonsepkan kebersihan dan kecergasan.
Program Rakan Bumi: Plogging Komuniti Machang 2025 dijadualkan berlangsung pada 17 November 2025 di sekitar kawasan Taman Eko Rimba Bukit Bakar, dan akan disertai oleh seramai 40 orang pelajar Sekolah Menengah Sains Machang. Aktiviti ini menggabungkan elemen mendaki dan pemungutan sampah, yang bertujuan memupuk semangat tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam kalangan belia.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #yakinboleh
Hannah Yeoh
Adam Adli
KBSMalaysia
JBSNegara
