Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) Mendaki Tembok Tiruan Peringkat Negeri Kelantan 2025

MACHANG, 9 November 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Persatuan Orienteering Kelantan dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan, Kampus Machang telah menganjurkan Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) Mendaki Tembok Tiruan Peringkat Negeri Kelantan 2025 bertempat di Tembok Tiruan Kompleks Sukan C, UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang pada 8 November 2025.

Program ini bertujuan memberi pendedahan asas kepada para peserta mengenai sukan mendaki tembok tiruan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan belia. Kursus ini juga menjadi platform untuk melahirkan lebih ramai jurulatih dan penggiat sukan mendaki di negeri Kelantan selaras dengan hasrat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam memperkukuh pembangunan sukan lasak di peringkat akar umbi.

Seramai lebih 40 peserta yang terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi, ahli persatuan belia, serta penggiat sukan rekreasi telah menyertai kursus ini. Para peserta didedahkan dengan teori keselamatan asas, teknik pendakian, penggunaan peralatan, serta amalan terbaik semasa aktiviti mendaki dijalankan.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang. Turut hadir ialah Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang yang mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #yakinboleh
Hannah Yeoh
Adam Adli
KBSMalaysia
JBSNegara

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search