- JBS Kelantan
- Hits: 11
Program Sukan Mendaki Komuniti: Mari Mencoba Sukan Mendaki Tembok Tiruan Peringkat Negeri Kelantan 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 11
MACHANG, 9 November 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Kelantan dengan kerjasama Persatuan Sukan Orienteering Kelantan dan Pejabat Kemajuan Orang Asli Daerah Jeli telah menganjurkan Program Sukan Mendaki Komuniti: Mari Mencuba Sukan Mendaki Tembok Tiruan Peringkat Negeri Kelantan 2025 bertempat di Tembok Tiruan, Kompleks C, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan, Kampus Machang pada 7 November 2025.
Program ini menghimpunkan seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada wakil komuniti dari seluruh negeri Kelantan serta penyertaan istimewa komuniti Orang Asli Daerah Jeli. Penganjuran ini bertujuan untuk memperkenalkan sukan mendaki tembok tiruan kepada masyarakat setempat serta menggalakkan gaya hidup sihat melalui penglibatan aktif dalam sukan lasak dan rekreasi.
Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir memeriahkan program ialah Encik Mohd Zul Izudin bin Samat, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, yang hadir mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #yakinboleh
Hannah Yeoh
Adam Adli
KBSMalaysia
JBSNegara
