- JBS Kelantan
- Hits: 8
Senaman Warga Emas Aktif Terus Semarakkan Gaya Hidup Sihat
- JBS Kelantan
- Hits: 8
TUMPAT, 9 NOVEMBER 2025 - Program Senaman Warga Emas Aktif Siri 6 dan Siri 7 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas ( PAWE) Daerah Tumpat telah berlangsung pada 7 dan 8 November 2025 bertempat di Pusat Aktiviti Warga Emas ( PAWE) Daerah Tumpat. Seramai 40 orang peserta warga emas bagi setiap siri telah menyertai program ini.
Pengisian program memberi tumpuan kepada aktiviti yang sesuai dengan keupayaan warga emas, antaranya ialah senamrobik ringan dan chairobik. Para peserta kelihatan ceria dan bersemangat mengikuti program ini. Ia memberi kesan positif kepada kesihatan fizikal dan emosi mereka.
Program ini juga bertujuan menggalakkan warga emas kekal aktif, sihat dan ceria di samping memberi ruang untuk bersosial dan berinteraksi dalam suasana positif.Turut hadir ke program ini ialah Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat
