- JBS Kelantan
- Hits: 8
Program Senaman Warga Emas Aktif Siri 5 Kukuhkan Gaya Hidup Sihat
- JBS Kelantan
- Hits: 8
TUMPAT, 9 NOVEMBER 2025 - Program Senaman Warga Emas Aktif Siri 5 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat diadakan pada 6 November 2025 bertempat di Dewan Klinik Kesihatan Bandar Tumpat.
Program ini terus mendapat sambutan menggalakkan daripada warga emas setempat. Seramai 41 orang peserta hadir bagi menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan.
Antara pengisian utama ialah Ceramah kesihatan, Chairobik untuk warga emas dan Pemeriksaan kesihatan percuma (BP, glukosa, BMI). Program ini bukan sahaja membantu meningkatkan kecergasan fizikal, malah memberi ruang kepada warga emas untuk berinteraksi, berkongsi pengalaman dan mengelakkan rasa terasing dalam komuniti.
Turut diadakan ialah cabutan bertuah dan jamuan ringan kepada para peserta. Program ini menjadi bukti bahawa usia bukan penghalang untuk terus aktif dan ceria.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat
