Senaman Warga Emas Aktif Di Lata Janggut

JELI, 9 November 2025 - Program Senaman Warga Emas Aktif Siri 7 Peringkat Daerah Jeli telah diadakan pada hari ini, bertempat di Lata Janggut, Batu Melintang, Jeli. Program ini telah mendapat sambutan yang baik dengan jumlah penyertaan seramai 57 orang terdiri dari warga emas setempat.

Program ini diadakan adalah untuk membina jaringan hubungan bagi mengukuhkan lagi kerjasama dan perpaduan di kalangan warga emas dengan agensi berkaitan serta masyarakat/penggiat kecergasan komuniti, disamping menyokong usaha kerajaan bagi memastikan warga emas mendapat kesaksamaan sosial dari segi penglibatan dalam aktiviti sukan dan kecergasan. Program tersebut telah diadakan dengan kerjasama Komuniti Kg Sg Long sebagai rakan strategik.

Turut hadir ke program berkenaan ialah YBrs En Mohd Zaidi bin A Mohidu ,YBrs En Mohamad bin Daud, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Jeli dan YBrs En Othman bin Mohamad @ Hassan, Penghulu Kampung Sg Long.

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan lagi dari masa ke semasa, dengan harapan objektif dan tujuan program ini tercapai.

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited
#MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #JanjiPeluh
#HannahYeoh #AdamAdli
#KetuaPengarahJabatanBeliadanSukanNegara
#KBSMalaysia

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search