- JBS Kelantan
- Hits: 10
Program Senaman Warga Emas Aktif Siri 6 Peringkat Daerah Bachok: “Senaman Melayu Tua” Hidupkan Tradisi, Segarkan Jasmani
- JBS Kelantan
- Hits: 10
BACHOK, 5 NOVEMBER 2025 – Suasana pagi di perkarangan Masjid Ar-Rahman, Kampung Pauh Lima diselubungi keceriaan apabila lebih 100 orang peserta yang terdiri daripada warga emas dari sekitar daerah Bachok menyertai Program Senaman Warga Emas Aktif Siri 6 yang berlangsung dengan penuh semangat dan harmoni baru-baru ini.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Ar-Rahman ini mengetengahkan keunikan warisan tempatan melalui Senaman Melayu Tua dikendalikan oleh jurulatih bertauliah Cikgu Firdaus, yang terkenal dengan kepakarannya dalam teknik pergerakan tradisional Melayu berasaskan silat dan kesihatan jasmani.
Menurut Imam Tua Masjid Ar-Rahman, Haji Ibrahim bin Wahab berkata program ini bukan sekadar aktiviti kesihatan tetapi juga usaha melestarikan seni gerak tradisional bangsa. Salah seorang peserta Puan Hajah Saodah Ismail, 68 tahun berkata beliau amat berterima kasih atas peluang menyertai program ini. “Biasanya kami buat senaman biasa, tapi hari ini lain rasanya — lebih tenang, lebih berisi makna. Badan sihat, hati pun senang,” katanya sambil tersenyum.
Dengan penganjuran yang semakin mendapat sambutan di setiap siri, inisiatif ini membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk kekal sihat, aktif dan berbudaya – selaras dengan slogan “Warga Emas Cergas, Komuniti Sejahtera”.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
belia.my
Disediakan Oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
