- JBS Kelantan
- Hits: 9
PBSD Bachok Hargai Kesihatan Warga Emas
- JBS Kelantan
- Hits: 9
BACHOK, 5 NOVEMBER 2025 – Suasana ceria dan penuh semangat mewarnai Program Senaman Warga Emas Aktif Siri 5 Peringkat Daerah Bachok yang telah berlangsung di Dewan Terbuka, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gunung baru-baru ini.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok dengan kerjasama SMK Sri Gunung ini bertujuan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan warga emas di samping memperkukuh hubungan komuniti setempat melalui aktiviti riadah yang menyeronokkan.
Hampir 60 orang peserta warga emas dari sekitar Bachok hadir bagi menyertai sesi senaman yang diketuai oleh jurulatih bertauliah. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok, Puan Azma binti Yahya berkata beliau menekankan kepentingan penjagaan kesihatan fizikal dan mental dalam kalangan warga emas agar terus kekal aktif dalam kehidupan seharian.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua peserta dan pihak penganjur atas komitmen menjayakan program yang kini memasuki siri kelima bagi tahun 2025. “Program ini bukan sekadar aktiviti senaman, tetapi juga ruang untuk warga emas berinteraksi, berkongsi pengalaman dan terus aktif bersama masyarakat,” ujar beliau.
Sementara itu, wakil dari SMK Sri Gunung turut menyambut baik penganjuran program ini di sekolah berkenaan kerana ia membantu memupuk semangat kesukarelawanan dan rasa hormat antara generasi muda dan warga emas. Dengan sambutan menggalakkan setiap siri Program Senaman Warga Emas Aktif terus menjadi platform penting dalam menggalakkan penuaan sihat dan kesejahteraan komuniti di Daerah Bachok.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
@Rakan Muda
belia.my
Disediakan Oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
