Program Senaman Warga Emas Aktif Siri 4 Terus Ceriakan Komuniti

TUMPAT, 4 NOVEMBER 2025 - Program Senaman Warga Emas Aktif Siri 4 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat telah diadakan pada 1 November 2025 bertempat di Klinik Kesihatan Telok Jering melibatkan seramai 42 orang peserta warga emas yang hadir dengan penuh semangat dan ceria.

Antara pengisian program ialah senamrobik ringan, chairobik dan pemeriksaan kesihatan percuma iaitu tekanan darah, gula dan kolesterol. Tujuan utama program ini adalah untuk menggalakkan warga emas kekal aktif secara fizikal , meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan di usia lanjut dan mewujudkan ruang interaksi sosial yang sihat dan menyeronokkan.

Sambutan positif setiap siri membuktikan warga emas sangat menghargai program seumpama ini dan ia memberi kesan baik kepada tahap kesihatan fizikal dan emosi mereka.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search