Program Senaman Warga Emas Aktif Siri 3 Dapat Sambutan

TUMPAT, 4 NOVEMBER 2025 - Program Senaman Warga Emas Aktif Siri 3 telah berlangsung dengan jayanya pada 30 Oktober 2025 di Klinik Kesihatan Sungai Pinang melibatkan 43 orang warga emas dari sekitar kampung tersebut dan kawasan berdekatan.

Program ini merupakan kesinambungan daripada siri sebelum ini yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk senamrobik ringan yang sesuai untuk warga emas , ceramah kesihatan, cara-cara senaman yang betul dan saringan kesihatan percuma (tekanan darah, gula dan BMI).

Para peserta menunjukkan semangat luar biasa dan berpuas hati dengan pendekatan mesra serta suasana santai yang disediakan. Program ini juga dapat melatih warga emas untuk kekal aktif, sihat serta menjadikan aktiviti sukan dan kecergasan sebagai budaya hidup.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search