Kursus Asas Dan Kejohanan Menembak Tertutup Belia 2025

MACHANG, 2 November 2025 – Kursus Asas dan Kejohanan Menembak Tertutup Belia 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Lapang Sasar Menembak Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, pada 30 Oktober 2025. Program ini merupakan anjuran Kelab Belia Seri Warisan Pusaka Kemuncup dengan kerjasama Persatuan Menembak Kelantan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Program ini berjaya menarik penyertaan seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai Belia dan Sukan dari seluruh Negeri Kelantan serta ahli-ahli Kelab Belia Seri Warisan Pusaka Kemuncup.

Penganjuran kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan asas kepada belia tentang sukan menembak secara selamat dan berdisiplin, di samping memperkenalkan sukan ini sebagai aktiviti yang mampu membentuk fokus, ketenangan dan daya ketahanan mental. Peserta turut didedahkan kepada teknik asas menembak, pengendalian senjata dengan selamat, serta peraturan pertandingan yang standard.

Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang telah hadir bersama 2 orang pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang menyertai kursus ini.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #yakinboleh

Hannah Yeoh
Adam Adli
KBSMalaysia
JBSNegara

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search