Projek Penanaman Cendawan Kukur Kelab Belia Seni Warisan Pusaka Kemunchup Mula Dipasarkan Di Sekitar Daerah Machang

MACHANG, 2 November 2025 – Kelab Belia Seni Warisan Pusaka Kemunchup kini melangkah setapak ke hadapan apabila produk hasil Projek Penanaman Cendawan Kukur mula dipasarkan oleh ahli-ahli kelab di pasar-pasar tani sekitar daerah Machang. Usaha ini merupakan sebahagian daripada penyertaan kelab dalam Program Agrobelia Lestari, sebuah inisiatif anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Program Agrobelia Lestari bertujuan memperkasakan golongan belia melalui penglibatan aktif dalam sektor pertanian moden dan lestari. Pendekatan ini seiring dengan dasar kerajaan bagi memastikan sekuriti makanan negara serta membantu menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

Projek penanaman cendawan kukur ini bukan sahaja membuka peluang keusahawanan kepada belia tempatan, malah menjadi platform pembelajaran berterusan dalam aspek pengurusan pertanian, pemasaran hasil tani dan pembangunan produk berasaskan sumber tempatan.

Dengan semangat keusahawanan dan sokongan berterusan daripada agensi kerajaan, projek seperti ini diharapkan dapat menjadi contoh kepada lebih banyak kelab belia di seluruh negara untuk menceburi bidang agropertanian sebagai sumber pendapatan baharu.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #yakinboleh

Hannah Yeoh
Adam Adli
KBSMalaysia
JBSNegara

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search